Wednesday, March 4, 2009

Kad, Award dan Mom of the year

Kad ini Tie terima khas dari SITI KHUZAIMAH nun jauh di Perth. Thanks alot ! Kak Tie amat menghargainya. Walaupun kita tak pernah berjumpa, Kak Tie rasa amat bertuah berkenalan dengan Siti. Moga2 kita terus kekal bersahabat biarpun jarang2 berhubung...Bounce



Anugerah Teman Sejati ini pula adalah dari IZZAH di Selangor. Jauh juga kalau naik bas ke Ganu ni...Hmm....Bila la nak ke Selangor tu....rindu kat Shah Alam, hi hi....

Terima kasih IZZAH. Kak Tie rasa terharu pula Valentine kiss. Ada gak orang ingat kat makcik ni.....he he...

>
>
>
>
>


Sebenarnya Tie malu kerana tak layak terima award ni. Tapi untuk tidak menghampakan KAK EZZA, Tie ambik je laaaa, hi hi hi..........Terima kasih, ya Kak !

Makcik ni berkahwin pada 1 Sept 1992, ketika berumur 26 tahun. Kira tua jugak . (mujurlah tak berjanggut, ekk!) Tahun berikutnya melahirkan anak sulong (satu2nya lelaki). Selang satu setengah tahun, dapat baby perempuan. Dan yang bongsu (perempuan juga) muncul selepas 3 tahun setengah.

Sekarang, masing2 berumur 16, 14 dan 11 tahun. Dah besar pun. Hmm.....tapi mamanya belum boleh goyang kaki lagi, he he.....

Anak2 tak ramai tapi macam jaga 10 orang. Rumah ni sentiasa riuh kerana ada saja yang menyakat, meraung dan mengadu.

Asalnya Tie seorang yang senyap sunyi. Tapi sebaik sahaja yang sulung tu boleh merangkak, secara sepontan suara Tie jadi nyaring. Macam orang tertelan speaker! Sampai hubby pun naik heran....



The rules are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Tie kesal kerana terlalu garang terhadap yang sulong tu. Dia terlalu aktif. Tie pernah bantai dia, lepas tu menangis hiba ketika melihat lebam2 pada tubuh kecil dia. Walaupun dia yang paling sukar dikawal dan selalu buat Tie susah hati, si bujang tu amat manja dengan Tie.

Suka paksa Tie cium dia sebelum tido (sampai dah besar panjang ni. Eee.......geli pulak) Dia selalu ingin berkongsi sesuatu dengan Tie. Kalau dia ada duit pun (dari business baiki tepon tu ), dengan senang hati dia offer nak bagi Tie (pinjam je...he he..kedekut macam mama dia!)


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

  • Anak2 Tie pandai berlakun, sejak kecik lagi. Kalau kat rumah riuh macam pasar, bila ke rumah orang, serta merta jadi pendiam, control cun, makan biskut siap bertadah dengan tangan . Semua orang puji betapa baiknya mereka, kah kah kah...!!
  • Alhamdulilah, ketiga2nya cemerlang di sekolah dan harap akan terus begitu.
  • Ketiga2nya tu amat perihatin terhadap mama mereka, yang bongsu akan runsing kalau mama dia tidak sihat. Yang tengah akan mulakan sesi mengurut (dia urut sakit , ooi!!!), dan yang sulong akan offer belikan ubat atau apa2.....
  • Budak2 tu selalu bercerita kisah mereka , kawan2 dan cikgu. Setiap kali balik dari sekolah atau dari mana2 pun, masing2 berebut2 nak bagi report! Tie tak payah tanya, he he...
  • Anak2 Tie tak pandai nak berbohong. Kalau mereka cuba, Tie akan tahu... sampai mereka merungut, " mama ni....tak aci laa.....bagilah can sikit!!"
  • Mereka paling takut dengan ugutan, "kalau tak buat apa yang mama suruh, kena makan lauk recycle....." Biasanya mereka akan jawab, "OH TIDAK !!" Hi hi......
  • Anak2 Tie pelik sikit. Sejak kecik, kalau nampak sesuatu dalam unit 3 , tak kiralah benda atau binatang, mereka akan kaitkan dengan diri mereka. Umpamanya kalau nampak 3 ekor kambing atau lembu, mereka akan bersuara... yang hitam tu Wani, yang putih dan nakal tu Arif, dan yang kecik tu sibongsu Isha.....Dan kalau ada 5 ekor, yang gemuk tu mama dan yang besar dan itam tu ayah ! Keadaan akan jadi riuh rendah jika ada yang tak puas hati ! Hi hi hi......
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Hmm..... Tie nak bagi award Mom of the year ni kat
  1. Nekcun
  2. Chekdenoor
Tie hanya bagi award kat 2 orang ni saja memandangkan anak2 mereka dah besar. Tie tak berapa pasti tentang teman2 yang lain. Mungkin pengalaman mereka dapat membantu ibu2 muda .....he he...........insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...