Monday, March 23, 2009

Gam Belon


Masih ingat lagi tak, ketika kecik2 dulu main belon gam ni ? Memang seronok main dengan kawan2 tu, tapi tahukah bahayanya ?



Tie tak perasan ianya mendatangkan mudarat hinggalah setelah anak Tie (masa tu umor 8 tahun) tiba2 diserang asthma ketika bermain belon ni. (kawan dia bagi lak tu...) Baru teringat yang ianya sejenis gam ( baunya lebih kurang macam gam yang penagih hidu tu....).


Terus Tie jadi phobia. Siap bagi warning kat anak2, jangan sesekali hampiri belon gam ni. Baunya saja (wanginya lain macam, je...) boleh buat anak2 yang ada asthma semput !

Tie saja canang2 kan di sini... Tak tau la samada ianya masih lagi banyak dijual. Tapi kalau kat kampung tu , mungkin ada. Takut gak. Bila dah ramai, ada yang beli dan main. Mungkin kena beritahu ipar2 kat kampung supaya berhati2.

Gam ini sejenis bahan kimia. Bila wapnya dihidu, malah biasa guna lidah lagi, tentulah bahaya . Mungkin kesannya lambat tapi kita kena berhati2 sebelum terlewat. Benda2 ni akan effect kat saraf dan otak. Tie cuba godek dlm internet, tapi tak de hasil...

Hmm.....tak tahulah sejauh mana kesannya terhadap otak makcik ni. Harap2 tak lah teruk. Dulu Tie kuat gak main belon ni... nyesal pulak. Kerana itu, jaga-jaga lah , ya.......


P/s: Sebenarnya banyak lagi mainan beracun kat luar sana, tapi tak de siapa yang pantau....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...